Kak Nam sekarang dah darjah 4, walaupun umur dia 9 tahun still kira mcm 10 tahun lah jugak, masa den besor tu dulu, tok sahkan masak telur goreng, siap amik tempahan biskut raya, pie & pizza lagik.. Mama bagi can kat kitorang adik-bradik mencuba apa yang kita nak cuba asalkan tak bahaya & yang mana dia mampu beri la..
As for me, gaknya mama nak her only daughter ni all out la kunun.. hihihihi risau gak dia kot2 den jd kedi sebab adik2 den suma lelaki :p. Tu pasal bila dia mengait, buat bunga dari kertas jepun, all sorts of craft yg dia bikin semua dia tak kisah kalau den menyibuk nak try.. siap dia layankan lagi.. well semua tu jadi kenangan till the day I die InsyaAllah.. Den pun nak my kids ingat their fun activities with me, so weekend baru ni den bagi peluang kat kak Nam & kak Juh memasak.. Happy teramat2 diaorang walaupun letih..
Ni la hasilnya:
![]() |
| pan grilled vege by kak Nam |
Simple je tapi sedap.. Potong sayur-sayuran ikut citarasa masing-masing yang penting ada carrot & capsicum baru mengancam. Panaskan 2 sudu marjerin/butter, masukkan carrot, goreng sampai macam garing, masukkan bawang besar yang dipotong besar2 dan bawang putih. Bila bawang mula lembut masukkan sayuran lain kecuali tomato. last baru masukkan tomato. garnish with salt & pepper. Done.
Untuk kak Juh pulak, den soh dia hiriskan bawang putih, bawang besar & potong kacang panjang (tu pun dah cukup excited hahahha). Den tolong potongkan isi ayam tuk dia.. tumis bawang putih & bawang besar dengan sesudu minyak masak kemudian masukkan isi ayam. bila ayam masak, masukkan kacang panjang. Bila kacang panjang bertukar warna, masukkan telur sebiji & kacau macam scramble egg. Last, garam secukup rasa. Done.
![]() |
| kacang panjang goreng ala kak Juh |
ada juga pucuk paku goreng bawang putih & mustila ada juga sambal blacan tuk lengkapkan menu :)
Goreng blacan, cili padi, cili merah, bawang besar, bawang putih & buah tomato. Tumbuk kasar semua bahan tersebut. Campurkan garam & gula secukup rasa kemudian perahkan jus limau nipis. Done..




3 tetamu:
bsgus tu Gee budak2 kat rumah nih pun skrg dah belajar masak tapi berkecahlah satu rumah...
tapi teha tak suka mengait... suka main netball gan swimming jer... naik hitam legam anak bara nih...
seronok pulak dgr masak ngan anak2 mesti meriah....hai anakku cpt la besar hahahha
hah.. bab berkecah ya amponnn tp na bg dia suka jd 'prompuan' terpaksa la kan.. hahahhaha untung anak bara k.gee senang nak pi swimming pool.. ni bebudak nih tunggu vacation br dpt pi.. diaorg skrg weekend pg blaja golf jer ok la dr tk da aktiviti.
haahhahah budak2 cepat je besar Zu, nanti kita rasa lahai.. cepatnya.. dulu nak soh cepat sgt besar :))
Post a Comment