Pages

Pizza by Gee & Co. ;-)



Dah lama gambar2 ni.. tapi sbb 'rajin' sangat2 tinggal la gambar2 ni queue nak masuk lam blog.. ni pun sebab dah janji dengan Zu, ada free time ni boleh la bikin ini entry jap..

My kids suma suka sangat makan roti2 & pizza.. tak kira la apa bahanpun suma diorang sapu especially kalau banyak cheese on top & base lembut but crunchy.

Pizza Base:
Frozen or dried yeast (kalau frozen tu guna la dalam sesudu besar, kalau yg dried tu  1packet of mauripan)
1 gelas air suam
2 sudu besar minyak zaitun/minyak jagung/minyak kelapa sawit
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
tepung gandum biasa or high protein (high protein lebih baik supaya roti jadi lebih halus)

cara:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam, masukkan 2 sudu besar tepung, minyak dan garam. Biarkan berbuih sebentar kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli sampai menjadi dough lembut. 

 dough lembut dibiarkan

tutup dough tersebut dan biarkan sehingga mengembang jadi 2 kali ganda saiznya.
 Dough yang sudah mengembang lebih kurang 2 kali ganda dari asal

Tumbuk dough yang telah mengembang dan ulikan lagi supaya lebih halus texture roti nanti. Canaikan untuk jadi base pizza or like what we did, we just tepek je atas baking tray.

Potong kulit tomato sebelum direbus untuk memudahkan mengupas kulitnya.

Bila kulit tomato mula terkeluar toskan tomato tersebut dari air rebusannya, buang kulit tomato tersebut & blend bersama 2 clove bawang putih, 1 sudu besar minyak zaitun, gula, garam dan lada hitam secukup rasa. Didihkan sos tersebut supaya tahan lama dan boleh digunakan kemudian.

 Duta blog ni sedang menabur daun oregano atas base pizza

Kalau tak da fresh oregano bolehlah guna yg dried. nak campur dalam sos terus pun boleh nak tabur sahaja pun boleh tak nak pun tak apa.

Kemudian, sapu sos yang sudah disiapkan tadi dan letaklah apa sahaja bahan yang disukai atas sos tersebut. Contohnya macam yang dalam blog ni, isi ayam, beef sosej, bawang besar, fresh tomato, mixed vege, fresh button mushroom & canned pineapple.

Lastly, sliced cheddar cheese & grated mozzarella cheese.

Tunggu sekejap sampai nampak base di bahagian tepi2 tu naik sikit if nak base yg tebal & lembut but terus bakar if nak base yg garing & nipis. Macam biasa, panaskan oven terlebih dahulu kemudian bakarlah pizza pada suhu 180˚C selama 20-25 minit (bergantung pada oven).





 My kids nak individual sized pizza.. layan jer.. huhuhu

Family sized pizza



Done :-)

Duta Blog tersenyum dengan hasil masakannya :p

4 tetamu:

yaya|azura said...

Duta Blog sangat comel.... kelmarin pon yaya bikin pizza tapi guna instant pratha as the base. Hahaha.

Mak Peah Bini Sood said...

Pish sayang mommi tak? awat di botak kan ajer dak Pish nih gee woiiiiii! Muka saling tak tumpah cam mamagee dia tau! sebiji kedondong tui!

Zu said...

eee geramnya tgk senyuman tu hensem la....

mcm senang la nak buat...so brapa lama kena bakar ni kgee

Gee said...

kalau instant prata sure base jd garing sedap gak tu yaya

hahahha sebiji kedondong ek k.gee LOL!!

oh sorry Zu lupa nak letak.. tu k.gee dah update.. 20-25 minit tgk oven jugak la kdg cepat lagi kalau nipis.. kalau guna bahan topping mcm ayam yg dah dimasak lagi cepat tp less juicy

Related Posts with Thumbnails