Pages

Roti Naik berpintal coklat



Roti ni bahan & kaedah hampir sama je dengan roti naik biasa yang den dah pernah upload dalam blog ni dulu, ni linknya cuma ada perbezaan sikit je.

bahan-bahan:
yeast
1 cawan gula pasir
segelas air suam
2 sudu besar butter/margerine
secubit garam
2 biji telur
tepung gandum
esen vanila
1 cawan serbuk koko

Kaedah:
larutkan yeast & gula pasir dalam air suam, campur telur, garam, esen vanila, butter/margerine dan 2-3 sudu tepung biarkan berbuih2 sekejap. Bahagikan campuran tersebut kepada 2 bahagian (dalam bekas berlainan). Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan gaul rata kemudian tambahkan tepung dan uli sehingga menjadi dough lembut yang tidak melekat. Tutup dan biarkan dough kembang.

Satu bahagian lagi tambahkan tepung dan uli sehingga menjadi dough lembut yang tidak melekat kemudian tutup dan biarkan sehingga kembang.

Bila dah kembang, tumbuk dough untuk keluarkan angin dan ulikan sekejap supaya texture roti lebih halus.



Cantumkan kedua2 dough dgn cara memintal dan bulatkan.

Susun pintalan dough rapat2 dalam loyang yang telah digriskan dengan margerine.

Penuhkan loyang. Tolak-tolak sikit dough kalau tak muat. Bakar dalam preheated oven pada suhu 180˚C selama 30-40 minit bergantung kepada oven.
Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dengan butter/margerine atau jam

2 tetamu:

yaya|azura said...

Meleleh air liur den. Huhuhuhu....

Gee said...

meh la Yaya.. wiken ni mengusahakannya.. ayoh!!kita bako!! :p

Related Posts with Thumbnails