Pages

Roti Sosej


Den memang suka sgt bikin roti.. selain resepi2nya yg super simple, org2 dlm rumah pun suka mkn roti esp yg panas2 baru kuar dari oven.  So kali ni sebelum bertolak untuk perjalanan jauh 2 minggu lepas, den bikin 3 jenis roti utk bekal yang berjalan & tinggalkan utk yg kat rumah, pastu sebar2kan sikit pada yg menghantar & menjenguk. Huhuhu malam sblm jalan jauh tu rumah bau mcm bakery.. so syiok!! :-)


Salah satunya den bikin roti sosej. Mula tu fikir2 apa jenis nak bikin? Sebabnya Nabila payah betul nak soh makan nasi, kalau bikin pizza or focaccia yg savory nanti nak bawa bekal susah pulak, soggy la, melekit la, takut juga basi toppingnya nanti.. ye la terkempam dlm bekaskan.. manala tau.. tgk dlm freezer ternampak sosej.. hmm.. roti sosej je la.. memang simple nak bikin & org2 yg makan tu hari ckp sedap..
Alhamdulillah.. mission accomplished :-)

bahan-bahan:
yeast (den suka guna frozen yeast)
1 sudu besar gula pasir
secawan susu (susu UHT full cream)
2 sudu besar marjerin
½ sudu besar garam (to make the bread more tasty)
2 biji telur (whisked then ambil 1 sudu besar asingkan utk sapu atas roti)
tepung gandum
sedikit bijan
Sosej

Cara2nya:
larutkan yeast, gula & garam dalam secawan susu, masukkan telur & 3-4 sudu besar tepung. Biarkan sekejap sampai nampak buih2 mula keluar. Terus masukkan marjerin & tepung secukupnya sampai jadi dough lembut.  Tutup dough dengan damp towel sampai dough jadi 2 kali ganda saiznya.  Sementara tu rebuskan sosej sekejap je, tujuannya nak sosej cukup moist & tak kecut bila dibakar. Bila roti dah menggelembung 2 kali ganda saiznya, tumbuk2kan utk buang angin. Cekut dough sikit, jadikan bentuk panjang, lilit pada sosej. Susun dalam loyang yg dah digris dengan marjerin. Telur yang diasingkan sikit tadi, campurkan dengan 2 sudu besar susu UHT. Beruskan campuran telur & susu atas roti, taburkan bijan. Bila nampak roti tu mula menggelembung bolehlah bakar dalam preheated oven pada suhu 170˚C selama 25-30 minit dengan api bawah sahaja. (Utk roti, kalau kita bakar dengan api bawah sahaja, dia lebih lembut walaupun luarnya nampak garing).

6 tetamu:

Mak Peah Bini Sood said...

mak mmg mengilai roti...mak pencinta roti!

Gee said...

saya pencinta makanan hiks.. (senyum2 malu)

Anonymous said...

nice... berapa banyak yeast digunakan?

Gee said...

kalau yeast sejuk beku tu dlm 1 sudu besar. Kalau yeast serbuk kering tu kalau jenama Mauripan tu sepacket

Zu said...

saya jugak penchenta makanan:)

Gee said...

hahhahaha kita semua pun penchenta makanan Zu

Related Posts with Thumbnails