Ni salah satu roti yg dulu2 den rajin bikin.. dah bertahun2 M besar makin besar akhirnya pecah juga M besar tu sikit :p
untuk inti, selalunya den buat daging cincang berperisa kari sukati la nak perisa apa pun. nak bikin sweet fillings pun tak pe asalkan tak berapa basah & keluar dari roti.
Inti daging perisa kari:
400g daging cincang
bawang besar, bawang putih & halia dikisar halus
serbuk kari daging
juice limau kasturi dari 1 biji limau kasturi
garam secukup rasa.
~ tumiskan bahan kisar sampai agak kering, masukkan daging cincang, juice limau, serbuk kari & garam secukup rasa. masak sampai agak kering.
(Inti ni agak byk, kalau tak abis bolehlah simpan tuk gunakan jd benda lain, jd quiche ke)
Dough roti:
Yeast
1 cawan luke warm water
½ cawan susu segar
2 biji telur (whisked & asingkan 1 sudu besar untuk sapu atas roti)
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula pasir
½ sudu besar garam
tepung gandum secukupnya
~Larutkan yeast dalam air suam & susu segar. Masukkan gula, garam & telur, gaulkan dengan sedikit tepung gandum. Set for 3-5 minutes sampai ada buih2 udara muncul, masukkan marjerin, gaul rata. Masukkan tepung sambil menguli rata sampai jadi dough lembut. Set dough sampai jd 2 kali ganda saiznya. Mcm biasa, tumbuk2 tepung utk keluarkan angin.
~Ambil sedikit, canaikan (tepek2 dgn tanganpun boleh) sampai jadi bentuk bujur yang leper mcm dalam gambarajah kat bawah ni. Potong-potongkan dough di kiri kanan (garisan serong) kiri & kanan sama bilangan potongan. Letakkan inti di tengah2 dough (kaler biru tu). Tutup inti dengan cara melipat satu potongan say number 1 dulu ke tengah, then number 2, pas tu number 3 till habis kemaskan yg bawah dgn lipat ke atas & tolak ke belakang roti.
~Susun roti jauh2 dalam loyang yang dah digriskan dengan marjerin. Sesudu telur tadi dicampurkan dengan 2 sudu makan susu segar then sapu di atas roti yang dah siap ditocang. Bila nampak roti dah mengembang, bolehlah dibakar dalam preheated oven (api bawah sahaja) pada suhu 180˚C, 30-45 minit (ikut oven).



0 tetamu:
Post a Comment